February 09, 2016

ZAMAN KEMUNCAK

Sumbangan Kerajaan Bani Umayyah Tahap I di Damsyik (661-750M)


1. Politik & Pentadbiran

Kerajaan Bani Umayyah telah mewujudkan empat sistem iaitu sistem Khalifah. Kemudian, sistem Wazarah dengan melantik Wazir untuk mengetuai sistem pentadbiran. Selain itu, wujudnya sistem Urus Setia dengan melantik pegawai bagi mengumpulkan rekod dan mengurus surat. Akhir sekali, sistem Hijabah, bagi menjaga keselamatan Khalifah.

2. Pendidikan

Sains dan teknologi mula berkembang seperti teknologi pembuatan kapal, alat peperangan dan teknik pertanian. Selain itu bermula juga aktiviti penterjemahan daripada bahasa Latin ke bahasa Arab, sejajar dengan pemerintahan al-Walid b Abdul Malik yang menjadikan bahasa Arab sebagai bahasa rasmi.

Selain itu, wujudnya Kota Basrah iaitu pusat pengajaran dan penyebaran ilmu. Ilmu Al-Quran dan hadith mula berkembang dan juga ilmu-ilmu sains terutama di Zaman Khalifah Umar Abdul Aziz. Khalifah Abdul Malik bin Marwan dan Umar bin Abdul Aziz juga adalah tokoh ulama dalam bidang Al-Quran, Tafsir, Hadis dan Nahu.

Justera itu, perkembangan ilmu tidak terhad dalam bidang keagamaan sahaja, malah ilmu bahasa, mantiq, sejarah dan geografi telah mula dipelajari. Kegiatan penulisan, pembukuan dan pembinaan perpustakaan giat dijalankan pada zaman ini. Banyak pusat pengajian ditubuhkan serta muncul para cendikiawan, ekoran dari sikap yang ditanam terhadap rakyat iaitu membudayakan ilmu dalam kehidupan.

3. Sosial

Hubungan baik antara kerajaan dan rakyat iaitu Khalifah banyak menyediakan keperluan asas yang baik kepada rakyat seperti jalan raya, hospital secara percuma. Taraf kesihatan juga turut meningkat dengan terbina nya hospital pada aman Khalifah al-Walid b Abdul Malik dan hospital kusta pada zaman Khalifah Umar Abdul Aziz. Di zaman Umar, kedudukan kadi-kadi (hakim) telah diletakkan taraf yang terhormat dengan kuasa-kuasa yang agak luas. Di antara tokoh-tokoh hakim yang terkemuka ialah Hassan Al-Basri di Basrah, Amir Al-Shaabi di Kufah dan Abu Bakar Abdul Rahman di Madinah.

3.1. Kemudahan Sosial

Antara kemudahan sosial pada zaman ini ialah:

Membina masjid Umawwi yang indah di Damsyik serta memperbaiki Masjid Nabawi di Madinah dan Masjid al-Aqsa.

Membina jalan raya dan perigi-perigi di wilayah pemerintahan Islam.

Pembina hospital dan mengadakan jaminan hidup kepada anak-anak yatim, orang-orang cacat, yang buta dan berpenyakit kusta.

Akhir sekali, memberi nafkah hidup kepada para-para pelajar dan penghafaz Al-Quran.

KEBAJIKAN
SOSIAL
TALI AIR
RUMAH
TUMPANGAN
HOSPITAL
RUMAH
ORANG
TUA
RUMAH
REHAT
JALAN
RAYA

No comments:

Post a Comment