February 11, 2016

Ekonomi dan Kewangan


  1. Mata wang Byzantine dan Parsi ditukar kepada mata wang Islam pada zaman Khalifah Abdul Malik b. Marwan.
  2. Menubuhkan Baitulmal di setiap wilayah.
  3. Pentadbiran Baitulmal dikemas kini bagi memantapkan kewangan negara.
  4. Ia bergantung kepada pertanian dan perdagangan.
  5. Saliran air dibina bagi memajukan kawasan pertanian serta kajian dan penyelidikan dijalankan untuk majukan sektor ini.
  6. Jalan dan pelabuhan dibangunkan bagi memajukan sektor perdagangan.
  7. Kapal perang khas dibina untuk mengawal laut dan membanteras lanun.
  8. Perusahaan kraf tangan dijalankan seperti membuat kiswah Kaabah, sutera dll
  9. Hasil negara ketika itu terdiri dari Kharaj, Jizyah, Zakat, Usyur, Fai, dan Ghanimah
  10. Baitul mal mempunyai simpanan yang melebihi keperluan negara. Banyak kemudahan untuk rakyat dapat diberi.
Seni Bina

  1. Seni bina masjid semakin menyerlah dengan ukiran ayat-ayat Al-Quran yang indah (khat), adanya kubah, arca dan sebagainya.
  2. Kubah diperkenalkan pada zaman Abdul Malik bin Marwan.
  3. Semasa pemerintahan Khalifah al-Walid bin Abdul Malik, masjid Suriah di Damsyik yang dahulunya merupakan sebuah gereja masyarakat Kristian berbangsa Yunani telah diperbaharui dan dibangunkan semula. Pada zaman pemerintahan beliaulah bermulanya pembinaan unsur-unsur bangunan masjid secara lengkap seperti Mihrab, Menara, selain tiang dan dinding serta atap.
  4. Beliau telah membina pejabat-pejabat kerajaan dan juga beberapa bangunan bagi mengindahkan kota Damsyik dan memulihara Masjid Nabawi di Madinah. Masjid Al-Haram di Makkah dan Masjid Al-'Aqsa di Bayt Al-Maqdis.
Pertahanan

Membahagikan tentera kerajaan Umayyah kepada lima pasukan.

  1. Pasukan tengah
  2. Pasukan sayap kanan
  3. Pasukan sayap kiri
  4. Pasukan hadapan
  5. Pasukan barisan belakang angkatan perang yang ditubuhkan teratur dan dilengkapi dengan peralatan perang moden.
Angkatan tentera juga terdiri dari:
  1. Pasukan berkuda
  2. Pasukan berkenderaan
  3. Pasukan jalan kaki

  • Angkatan tentera dilatih untuk menghadap perang di musim sejuk dan panas
  • Pasukan Tender laut ditubuhkan dengan teratur dengan membina 1700 kapas perang serta pangkalan tentera laut yang berpusat di Tunisia, Syria dan Iskandariah.
  • Pada awalnya, pemilihan anggota tentera secara suka rela kemudian bertukar menjadi kerahan bagi memenuhi syarat. 
  • Semangat untuk mempertahankan negara di samping menyebarkan dakwah begitu kuat dalam jiwa setiap tentera Umaiyyah, hingga dapat meluaskan Islam ke India, Afrika Utara dan lain lain negara.

No comments:

Post a Comment