February 11, 2016

PERUBAHAN YANG DILAKUKAN OLEH MUAWIYAH


  1. Memindahkan pusat pemerintahan ke Damsyik.
  2. Mengubah sistem pemilihan Khalifah ke Monarki.
  3. Meluaskan kuasa politik Khalifah dan pemusatan kuasa Kerajaan Bani Umaiyyah.
  4. Mengadakan pasukan tentera yang kuat terdiri daripada orang Syam dengan diberi gaji tetap.
  5. Menubuhkan Jabatan Pendaftaran dan Pejabat Pos
  6. Mengadakan pegawai Istana bagi melindungi beliau daripada bahaya ancaman musuh.
  7. Mengutamakan keturunan Arab terutamanya Bani Umaiyyah dalam perlantikan pegawai-pegawai.
Perubahan yang dilakukan oleh Abdul Malik bin Marwan

  1. Memindahkan pusat pemerintahan Mesir dari Fustat ke Hilwan.
  2. Rekod pentadbiran dari bahasa Qibti, Yunani dan Pahlawi ditukar ke Bahasa Arab.
  3. Mencetak wang Arab menggantikan wang Byzantine.
  4. Menetapkan tentera profesional yang tetap dari Syam yang diberi gaji khas yang tinggi.
  5. Mewujudkan sistem birokrasi dari keluarga Marwan.
Perubahan yang dilakukan oleh Umar bin Abdul Aziz

  1. Mengembalikan semula demokrasi Al-Syura mengikut islam.
  2. Melantik Qadhi-Qadhi di setiap wilayah, nama pemimpin tentera, pemungut cukai, ketua polis, ketua pos, dan pelbagai jabatan lagi yang berkaitan. Pegawai yang zalim dipecat.
  3. Menukar polisi menakluk negara luar dari cara peperangan kepada cara berdakwah.
  4. Menegah orang Arab memiliki tanah-tanah di negara-negara yang dibuka (sama seperti Umar al-Khattab) 
  5. Jizyah dihapuskan kepada bukan Arab selepas mereka memeluk agama Islam tetapi mereka dikenakan cukai al-Kharaj ke atas tanah-tanah mereka.
  6. Menghapuskan amalan Nepotisme.
  7. Menghapuskan cacian terhadap Khalifah Ali bin Abi Talib dan kaum keluarganya iaitu Bani Hashim yang disebarkan melalui mimbar-mimbar Jumaat.

No comments:

Post a Comment