February 11, 2016

Pendidikan

Di zaman Al-Hakam II, beliau sangat berminat dengan ilmu pengerathuan dan berusaha mengumpul para sarjana dalam pelbagai bidang. Pusat pengajian tinggi di Cordova yang diasaskan oleh Abdul Rahman III menjadi pusat pengajian terkenal di Eropah. Andalusia telah menjadi tumpuan kegiatan kebudayaan dan ilmu pengetahuan.

Peranan Al-Hakam II dalam pengembangan ilmu. 

Pusat pengajian:
- 700 Masjid.
- 60 Istana.
- 17 pusat pengajian khusus.

Penubuhan perpustakaan:
- 70 perpustakaan awam
- Mengumpulkan buku dan manuskrip berharga yang sukar diperoleh dengan cara menghantar ejen-ejen ke Kaherah, Baghdad, Damsyik, Iskandariah dan lain-lain.

Universiti:
- Memperbesar dan mempertingkatkan Universiti Cordova.
- Berjaya menarik pelajar serjana bukan Islam dan luar Eropah.


Pusat Penterjemahan:
- Pusat penterjemahan terkenal terletak di Toledo.
- Kesan kegiatan penterjemahan menjadikan Andalusia pusat kegemilangan tamadun Islam.
- Menjadi penggerak kepada kebangkitann masyarakat Eropah.

Seni bina:
- Antara seni bina terkenal ialah Istana Al-Hamra' dan Masjid Jamek Cordova.
- Khalifah Abdul Rahman II membina menara-menara lampu di beberapa pelabuhan untuk memudahkan kapal-kapal perdagangan berlabuh di pantai-pantai Andalus.

Ekonomi:
- Sistem kewangan ditubuhkan bagi mengimbang pendapatan dan perbelanjaan.
- Sumber pendapatan iaitu Zakat, Jizyah, Kharaj dan sebagainya.
- Cordova menjadi pusat ekonomi dan perdagangan antarabangsa.
- Andalusia juga menjadi pusat membuat tembikar, perhiasan perak dan emas, memproses kulit, mengeluarkan senjata.
- Sektor pertanian dimodenkan.

Peranan Andalus menyebarkan ilmu ke Eropah:

1. Sikap pemerintah -> 2. Hubungan diplomatik -> 3. Aktiviti penterjemahan -> 4. Peperangan salib -> 5. Aktiviti perdagangan.

No comments:

Post a Comment