- Mata wang Byzantine dan Parsi ditukar kepada mata wang Islam pada zaman Khalifah Abdul Malik b. Marwan.
- Menubuhkan Baitulmal di setiap wilayah.
- Pentadbiran Baitulmal dikemas kini bagi memantapkan kewangan negara.
- Ia bergantung kepada pertanian dan perdagangan.
- Saliran air dibina bagi memajukan kawasan pertanian serta kajian dan penyelidikan dijalankan untuk majukan sektor ini.
- Jalan dan pelabuhan dibangunkan bagi memajukan sektor perdagangan.
- Kapal perang khas dibina untuk mengawal laut dan membanteras lanun.
- Perusahaan kraf tangan dijalankan seperti membuat kiswah Kaabah, sutera dll
- Hasil negara ketika itu terdiri dari Kharaj, Jizyah, Zakat, Usyur, Fai, dan Ghanimah
- Baitul mal mempunyai simpanan yang melebihi keperluan negara. Banyak kemudahan untuk rakyat dapat diberi.
Seni Bina
- Seni bina masjid semakin menyerlah dengan ukiran ayat-ayat Al-Quran yang indah (khat), adanya kubah, arca dan sebagainya.
- Kubah diperkenalkan pada zaman Abdul Malik bin Marwan.
- Semasa pemerintahan Khalifah al-Walid bin Abdul Malik, masjid Suriah di Damsyik yang dahulunya merupakan sebuah gereja masyarakat Kristian berbangsa Yunani telah diperbaharui dan dibangunkan semula. Pada zaman pemerintahan beliaulah bermulanya pembinaan unsur-unsur bangunan masjid secara lengkap seperti Mihrab, Menara, selain tiang dan dinding serta atap.
- Beliau telah membina pejabat-pejabat kerajaan dan juga beberapa bangunan bagi mengindahkan kota Damsyik dan memulihara Masjid Nabawi di Madinah. Masjid Al-Haram di Makkah dan Masjid Al-'Aqsa di Bayt Al-Maqdis.
Pertahanan
Membahagikan tentera kerajaan Umayyah kepada lima pasukan.
- Pasukan tengah
- Pasukan sayap kanan
- Pasukan sayap kiri
- Pasukan hadapan
- Pasukan barisan belakang angkatan perang yang ditubuhkan teratur dan dilengkapi dengan peralatan perang moden.
Angkatan tentera juga terdiri dari:
- Pasukan berkuda
- Pasukan berkenderaan
- Pasukan jalan kaki
- Angkatan tentera dilatih untuk menghadap perang di musim sejuk dan panas
- Pasukan Tender laut ditubuhkan dengan teratur dengan membina 1700 kapas perang serta pangkalan tentera laut yang berpusat di Tunisia, Syria dan Iskandariah.
- Pada awalnya, pemilihan anggota tentera secara suka rela kemudian bertukar menjadi kerahan bagi memenuhi syarat.
- Semangat untuk mempertahankan negara di samping menyebarkan dakwah begitu kuat dalam jiwa setiap tentera Umaiyyah, hingga dapat meluaskan Islam ke India, Afrika Utara dan lain lain negara.
No comments:
Post a Comment